Khutbah Jumaat Sempena Hari
Guru 2012
ألْحَمْدُ للهِ
الَّذِىْ جَعَلَ فِى السَّمَاءِ بُرُوْجًا وَجَعَلَ فِيْهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا
مُنِيْرًا, وَهُوَ الَّذِى جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفََةً لِمَنْ
أَرَادَ أَنْ يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُوْرًا.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ
إِلهَ إِلاَّ اللهَ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمًّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا.
أَمَّا بَعْد، فَيَا عِبَادَ
الله، إِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَََنْتُم
مُسْلِمُوْنَ.
قال الله تعالى في
كتابه الكريم:
uqèd “Ï%©!$# y]yèt/ ’Îû z`¿Íh‹ÏiBW{$# Zwqß™u‘ öNåk÷]ÏiB (#qè=÷Ftƒ öNÍköŽn=tã ¾ÏmÏG»tƒ#uä öNÍkŽÏj.t“ãƒur ãNßgßJÏk=yèãƒur |=»tGÅ3ø9$# spyJõ3Ïtø:$#ur bÎ)ur (#qçR%x. `ÏB ã@ö6s% ’Å"s9 9@»n=|Ê &ûüÎ7•B ÇËÈ
Saudara-saudaraku Muslimin
yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita
bersama-sama meningkatkan takwa kita dengan berusaha bersungguh-sungguh
melaksanakan apa yang disukai oleh Allah dan dalam masa yang sama kita berusaha
bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala yang Allah benci dan Allah murkai.
Sidang Jumaat sekalian,
Dalam hidup
kita ini, sama ada kita orang biasa, orang luar biasa, orang miskin, orang
sederhana atau orang berada mesti ada sekurang-kurangnya dua insan yang sangat
berjasa dan banyak berkorban kepada kita. Pertama ialah ibu dan ayah yang telah
melahirkan kita ke dunia ini. Adapun yang
kedua ialah guru-guru yang banyak mendidik dan mengajar kita.
Saudara-saudaraku kaum
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah
kita cuba mengingat kembali jasa dan
pengorbanan guru-guru yang pernah mendidik kita. Barangkali ada di antara guru kita
yang sudah meninggal dunia, mungkin juga ada di kalangan mereka yang masih
hidup, lalu kita masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan mereka.
Seorang guru banyak
menabur jasa. Mereka telah mengajar kita membaca, mengira dan menulis. Merekalah
yang dahulu mengajar kita mengenal A, B, C, alif, ba, ta serta mengajar kita
mengira 1, 2, 3, tambah,tolak,darab serta bahagi. Selain itu, mereka jugalah
mengajar kita menulis. Daripada seorang yang buta huruf dan tidak tahu membaca,
kini kita mampu mengenal huruf, membaca dengan baik.
Di samping
mengajar ilmu-ilmu yang disebutkan, guru juga yang telah mengajar kita pelbagai
ilmu yang lain semasa di dalam bilik darjah.
Sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Setiap tahun, 16hb Mei diumumkan sebagai Hari Guru.
Sempena dengan
tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini, mimbar Jumaat mengajak kita untuk
sama-sama mengingat kembali, menghargai guru dan jasa-jasa mereka. Tentunya agak
sukar bagi seorang guru mampu mengingati murid-muridnya yang ramai, tetapi adalah
tidak wajar jika seseorang murid itu untuk tidak mengenali serta mengingati guru
yang pernah mengajarnya.
Apakah yang
sewajarnya untuk kita lakukan buat guru-guru kita?
Kita wajar menzahirkan
rasa terima kasih kepada insan yang
sangat berjasa ini. Mungkin kita tidak sedar, pada hari ini, kejayaan yang kita
kecapi ini adalah berpunca dari segala usaha dan pengorbanan para guru kita. Mungkin
juga oleh doa berkekalan, yang tidak
pernah putus diucapkan oleh bekas guru-guru kita selepas solat mereka. Itulah
salah satu punca berkatnya kehidupan kita sekeluarga kini.
Sama ada guru
itu masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah, doakanlah kesejahteraan
mereka, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Sekali dia menjadi guru
kita, selama-lamanya dia adalah guru kita.
Sidang Jumaat sekalian,
Hari ini kita mendengar
pelbagai tohmahan dan kritikan yang dilemparkan buat guru. Guru-guru
dipertikai, diperlekeh dan direndah-rendahkan martabat mereka. Kita mendengar
seorang guru yang ingin disaman oleh ibu bapa, dimaki hamun oleh orang lain dan
sebagainya.
Apakah akan terjadi seandainya fenomena dan gejala ini
terus menerus berlaku?
Wajarkah seseorang itu merendah-rendahkan martabat
seorang guru, menghina, melontarkan kata-kata cercaan kepada gurunya atau
guru-guru anak-anaknya. Adakah pangkat atau wang ringgit yang ada mengharuskan
untuk kita menghina orang lain apatah seorang guru.
لَيْسَ المْؤمِنُ
بِالطَّعَانِ وَلا اللِّعَانِ وَلا الفَاحِشَ وَلا البَذِئ
Maksudnya:
Bukanlah daripada orang beriman yang sempurna imannya orang yang suka mengecam,
suka melaknat, yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut.
(Riwayat at-Tirmidzi)
Saudara-saudara
sidang Jumaat sekalian,
Tugas mendidik anak-anak menjadi manusia yang bertakwa adalah tugas yang
amat sukar. Sewajarnya semua pihak bersatu hati, berkerjasama dan tidak saling
salah menyalahi orang atau pihak lain dalam mendidik anak-anak menjadi insan
berguna.
Kita tidak boleh meletakkan peranan membentuk akhlak dan peribadi anak-anak
kita kepada guru-guru di sekolah sahaja. Ibu-bapa serta ahli masyarakat
seharusnya turut memainkan peranan sewajarnya. Tugas ibu bapa adalah untuk
mengukuhkan penerapan nilai murni melalui amalan seharian di rumah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
كُلُّ مَوْلُوْدٍ
يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ
فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ
يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Maksudnya: Setiap
anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang
menjadikan anak itu beragama Yahudi, atau Nasrani atau Majusi (Riwayat
al-Bukhari)
Islam
menggariskan beberapa adab terhadap guru. Antaranya:
1-
Sentiasa mengharapkan keredaan
daripada guru supaya ilmu yang diajarnya diberkati.
2-
Meminta pandangan guru terhadap
sesuatu perkara yang akan dilakukan.
3-
Sentiasa mengenang budi dan jasa guru
yang telah mendidiknya.
Saudara-saudaraku sekalian.
Kita pastinya
akan merasa kecewa seandainya kebaikan yang kita lakukan kepada seseorang, tidak
dihargai. Apa lagi jika kebaikan dibalas pula dengan cemuhan dan ejekan. Meskipun
apa saja kebaikan yang kita lakukan adalah semata2 untuk mencari redha Allah,
namun sebagai manusia biasa, kita juga memerlukan sedikit penghargaan di atas
pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan. Begitulah juga dengan guru-guru kita.
Guru-guru tidak sama sekali menagih ucapan
terima kasih dan sanjungan dari anak-anak murid mereka, namun sebagai se orang
anak murid, kita perlu untuk mengenang jasa yang pernah ditabur oleh para guru
kita. Lihatlah bagaimana Imam Malik bin Anas sangat menghormati gurunya yang
bernama Nafi’. Beliau sanggup menunggu gurunya sekian lama di hadapan
pintu rumah gurunya, semata-mata untuk bertanyakan soalan kepada gurunya.
Islam mengajar kita untuk mengenang mereka yang
banyak berbudi pada kita.
Mari kita
menyoroti seketika sirah Rasulullah saw. Baginda begitu sedih dan hiba tatkala bapa
saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia.
Kerana dua insan ini begitu banyak membuat jasa dan membantu baginda saw.
Apatah lagi di saat baginda memerlukan bantuan dan sokongan jitu.
Abu Taliblah
yang telah mengambil amanah memelihara nabi selepas ibu dan datuk baginda
meninggal dunia. Abu Talib menjaga nabi
dengan penuh kasih sayang. Begitu juga Khadijah yang telah membelanjakan
hartanya untuk membantu perjuangan dakwah nabi saw.
Sekali lagi,
mimbar hari ini menyeru untuk kita sama-sama mengingati jasa guru kita. Untuk
ibu dan ayah, didiklah anak-anak kita agar menghormati guru-guru yang banyak menabur
jasa dan bakti kepada mereka. Kita sendiri perlu menjadi contoh dan teladan
untuk sentiasa mengingati insan-insan penting yang pernah menabur jasa dalam
kita.
Akhir sekali,
sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita sama-sama melakukan sesuatu
sebagai bukti kita menghargai jasa guru-guru kita, atau guru-guru anak kita.
Antara yang boleh kita lakukan ialah:
1.
Mencari guru-guru kita untuk kita mengucapkan
terima kasih dan memberi hadiah sebagai tanda kasih sayang yang berpanjangan.
2.
Seandainya kita mengetahui ada di
antara guru-guru kita yang sakit atau telah uzur, maka ziarahilah mereka.
3.
Jika kita mengetahui ada di kalangan
guru-guru kita telah kembali ke rahmatullah, maka hadiahkan al-fatihah dan
mohonlah keampunan untuk mereka. Mudah-mudahan roh mereka akan ditempatkan
bersama orang yang soleh.
4.
Jika ada kesempatan mari kita kunjungi
sekolah lama kita, di mana di situlah tempat kita menimba ilmu dahulu. Ringan-ringankanlah
tangan untuk menghulurkan sumbangan, sama ada berupa material ataupun
kepakaran.
5.
Sebagai ibu dan bapa, maka marilah
kita membantu sekolah anak-anak kita dengan bergiat aktif dalam PIBG sebagai
tanda kita bersama dengan guru anak-anak kita membentuk generasi yang beriman
dan bertaqwa.
Marilah kita
melakukan muafakat antara masyarakat dan para guru, berkongsi keberkatan dan
kebaikan sebagaimana sabda Rasulullah saw:
اَلعَالِمُ وَالمُتَعَلِّمُ شَرِيكَانِ فِى
الخيَرِ وَلاَ خَيرَ فِى سَائِر النَّاسِ. (رواه ابن ماجه)
Guru dan murid kedua-duanya
berkongsi kebaikan, dan tidak ada lagi kebaikan pada sekalian manusia selain
mereka. (HR Ibnu Majah)
اعوذ بالله من الشيطان
الرجيم
y‰Îgx© ª!$# ¼çm¯Rr& Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd èps3Í´¯»n=yJø9$#ur (#qä9'ré&ur ÉOù=Ïèø9$# $JJͬ!$s% ÅÝó¡É)ø9$$Î/ 4 Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd Ⓝ͖yêø9$# ÞOŠÅ6yÛø9$# ÇÊÑÈ
بَارَكَ اللهُ لِىْ
وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا
وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ
هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيم.