Salam sahabat semua.
Apa khabar?
Terima kasih sudi singgah
di blog saya yang 'tawadhu' ini. Moga apa yang saya tulis di sini ada manfaat
untuk sahabat semua.
Tulisan saya kali ini ialah
tentang pengalaman saya sebagai pemandu Uber.
Pagi tadi saya sembang sambil breakfast dengan beberapa orang
sahabat saya. Sembang punya sembang, masuklah bab bisnes dan penjanaan wang. Jadi
saya pun bagitau mereka saya buat Uber. Terkejut besar saya tengok mereka. “Hah!
Dr buat Uber? Biar betul!!” kata salah se orang dari mereka dalam keadaan
tercengang. “Memang saya buat Uber. Walaupun saya adalah se orang pensyarah
berkelulusan PhD, bagi saya Uber adalah satu kaedah yang bagus untuk menjana
pendapatan apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang sedang tenat seperti sekarang
ini.
![]() |
Sudah satu setengah tahun bersama Uber. Sudah 142 trips. Rating 4.77. |
Mungkin ada yang merasakan bila ada Ph.D dah tak layak buat Uber. Bagi
saya itu adalah pandangan yang SESAT DAN
MENYELEWENG!
Mencari rezeki yang halal adalah satu ibadat dan ia adalah satu
kewajipan dan saya tidak melihat apa-apa masalah yang berhubung dengan hukum
syara’ bila memandu Uber!
Saya mula memandu Uber sejak setahun setengah yang lalu.
Saya masih ingat 1st time saya bawa Uber ialah pada bulan Ramadhan. Masa tu
Uber masih belum famous sangat di area saya tinggal dan bekerja iaitu di Nilai
Negeri Sembilan. Jadi saya terpaksa ke Cyberjaya untuk mencari pelanggan.
Sekarang dah tak perlu pergi jauh-jauh lagi. Duduk di rumah santai-santai
dengan famili pun boleh sambil menunggu panggilan dari penumpang. Masa saya
mula menjadi pemandu, saya terpaksa turun awal pagi. Jam 5.15 pagi saya dah
turun menuju ke Cyberjaya dan terus ke masjid di sana untuk solat subuh
berjamaah. Sebaik usai solat subuh saya terus ‘onkan’ Uber driver apps. Biasanya
tidak sampai 10 minit saya akan dapat signal panggilan dari penumpang. Kalau nasib
baik saya dapat trip yang jauh seperti KL. Kalau trip ke KL boleh dapat sekitar
RM50.00. Kalau tak, saya terpaksa redha dengan bayaran RM3-4 untuk setiap trip
kerana destinasi penumpang hanya sekitar Cyberjaya.
![]() |
Thank you Notes dan percapaian setakat ini |
Bawa Uber bagi saya satu pengalaman yang amat menarik yang tidak
pernah saya lalui. Antara keseronokan yang saya lalui selain dari mendapat
peluang menampung kewangan yang kadangkala agak meruncing ia membuka ruang
untuk kita berkenalan dengan berbagai jenis makhluk manusia dari berbagai
latarbelakang bangsa, agama, status kerjaya dan lain-lain. Dari situ kita juga dapat
mengenali berbagai jenis manusia ciptaan Allah.
Ada yang kelihatan sombong. Tegur pun buat tak tau jer. Satu hari
saya ambil se orang penumpang wanita berbangsa India berusia sekitar 40an di
sekitar Kuala Lumpur. Kawasan yang agak elit jika dilihat dari kawasan
penempatan mewah yang didiami. Saya memang jenis ‘talkative’ maklum saja kerja
saya sebagai pensyarah sejak lebih 20 tahun menjadikan saya sukar untuk duduk
diam. Lagipun saya memang jenis suka berkawan tak kira apa bangsa dan agama. Ada
peluang saya selitkan unsur-unsur keagamaan dan juga perniagaan serta motivasi.
![]() |
101 5 Stars Rating. Terima kasih kepada semua penumpang saya. |
“Where are heading madam? Tegur saya dalam bahasa Inggeris pelat
Kelantan. Maklumlah lidah orang Kelantan ni agak payah nak di’Inggeriskan’. Wanita
tersebut agak sedikit terkejut bila saya cakap orang putih dengan dia. Bila
saya bagitau saya buat Uber part time dan saya bertugas sebagai pensyarah,
serta merta wanita tersebut menjadi ‘mesra alam’. Kes yang sama berlaku apabila
saya ambil se orang penumpang berbangsa Cina di sekitar Kuala Lumpur juga.
Beliau adalah se orang profesor di sebuah universiti di sekitar KL. Pada mulanya,
langsung tidak minat untuk berbual dengan saya. Yalah! Apalah ada pada se orang
pemandu Uber!! Namun segalanya berubah bila saya bagitau bahawa saya juga se
orang pensyarah di USIM dalam bidang Islamic Criminal Law. Lepas itu, kita jadi
mesra dan rancak bersembang.
![]() |
Kalau rezeki bagu, dalam masa sejam lebih sudah boleh menjana lebih dari RM200.00 |
Jadi sebagai conclusion, dapat saya simpulkan bahawa kebanyakan
orang akan melihat siapa kita. Apa kelulusan kita. Apa kerjaya kita. Jika mereka
merasa bahawa kita setaraf dengan dia, barulah dia akan layan kita. Inilah
dunia yang kita hidup sekarang ini.
Namun begitu bukan semua pelanggan saya bersikap begitu. Yang di
luar nampak macam ‘gangster’ tapi bila bawa berborak sangat baik dan lembut.
Paling saya tidak lupa bila bawa beberapa pelanggan dari negara Arab di awal
pagi minggu di Cyberjaya. Mereka kelihatan mabuk tapi masih dalam keadaan
terkawal. Dua lelaki dan se orang wanita. Tak pasti apa bangsanya. Tetapi yang
pasti bukan Arab kerana wanita tersebut tidak bercakap Arab. Inilah sebahagian
gambaran sebahagian masyarakat Islam yang dapat dilihat di depan mata tidak
kira dari mana mereka datang. Jika tiada pegangan agama yang kuat, mudah saja
mereka terjebak dengan gejala sosial sebegini.
Yang lebih menarik apabila saya bawa se orang penumpang dari
Bangladesh. Yang ni agak kritikal mabuknya. Cuma saya berdoa jangan sampai dia
termuntah dalam kereta saya. Dalam keadaan mabuk tu saya tanya dia. “What so
special about drinking liquor? “You never drink? Tanya dia. “No! Never tried”
jawab saya. “Oh Good, that mean you have good life and have little problems”
kata lelaki Bangla yang bekerja di bidang IT kalau tak silap saya di Cyberjaya.
“Because people like mean have a lot of problems. That why I drink a lot”
tambah lelaki tersebut. Saya cuma mengiakan kata-katanya. Dalam hati saya
berkata, “hebat juga orang mabuk ni. Masih boleh berhujah walaupun dalam
keadaan mabuk. Apapun saya bersyukur kepada Allah kerana masih dilindungi dari
perkara-perkara yang tidak diredhai Allah.
Satu isu yang saya nak share sikit dengan sahabat semua ialah Uber
sebagai ‘penyelamat’ ketika kegawatan. Saya amat bersyukur kepada Allah atas
segala nikmatNya. Saya punya kerja yang bagus sebagai pensyarah. Gaji pun kira
oklah. Nak kata mewah tidak tapi cukup untuk kehidupan yang asas. Ada kereta,
ada rumah walaupun rumah sewa. Mampu menyediakan tempat tinggal untuk TIGA
KELUARGA besar saya dan perbelanjaan asas mereka. Saya juga adalah penulis dan Penerbit.
Saya juga ada beberapa perniagaan kecil di USIM. Ada dua bisnes minuman (Tea
Kocok), ada printing untuk pelajar, ada Goreng Pisang Crispy (GPC) dan kereta Alza
saya juga saya sewakan. Namun ternyata kadangkala itu semua belum cukup stabil
untuk menampung perbelanjaan keluarga besar saya. Saya dikurniakan Allah 15
anak. 5 sudah tamat Belajar. 10 lagi masih di alam persekolahan. Sahabat-sahabat
tentunya dapat gambarkan betapa sebagai se orang bapa perlu berusaha untuk
mencari perbelanjaan buat anak-anak. Justeru, bila Uber diperkenalkan, maka
saya tidak melepaskan peluang. Uber bagi saya adalah penyelamat ketika kegawatan.
Bayangkan bila tiba di pertengahan bulan, belanja dapur
diperlukan. Anak-anak perlu perbelanjaan ke sekolah. Minyak kereta nak kena
tuang. Gaji masih ada dua minggu lagi baru keluar. So apa nak buat? Nak pinjam?
Dah banyak dah pinjam duit. Tak terbayar rasanya kalau nak ditambah lagi. Jadi
apa jawapannya? Bagi saya Uber adalah jawapannya.
Kenapa Uber?
1. Uber lebih selamat
berbanding kita sewakan kereta macam saya buat sebagai risikonya lebih tinggi.
2. Uber beri kita
kebebasan bila saja kita nak drive. Saya biasa bawa Uber selepas office hours
atau pada hari cuti.
3. Uber penyelamat
masalah ekonomi dalam masa yang singkat. Kalau kita nasib baik dalam masa dua
jam saja boleh dapat sehingga RM200.00. Jadi dengan jumlah tersebut, cukup
untuk selesaikan perbelanjaan dapur dan belanja-belanja asas pada hari tersebut.
4. Uber juga beri
ketenangan kepada para bapa dan juga ibu kerana kini sudah ada jalan penyelesaian
kepada masalah kewangan mereka asal saja mereka sanggup berkorban masa dan
tenaga demi anak-anak dan keluarga yang dikasihi.
5. Yang bestnya, tak
perlu drive Uber pun boleh dapat duit secara percuma. Nak tau macamana KLIK JE SINI.
6. Nak jadi pemandu Uber
senang saja. Semua dibuat secara online. Asal saja kereta tidak lebih dari 8
tahun umurnya boleh didaftarkan. Daftar juga secara percuma. Selepas beberapa
hari saja mendaftar, dah boleh mula bawa Uber dan menjana pendapatan. Sesiapa
yang berminat untuk mendaftar saya boleh bantu. KLIK SAJA DI SINI.
“SEKARANG
INI SUDAH TIDAK ADA ALASAN UNTUK KITA TIDAK MENCARI REZKI DAN PENDAPATAN KERANA KITA ADA
BERBAGAI CARA UNTUK MENJANA PENDAPATAN.”
Moga perkongsian
Bermanfaat Insya Allah
Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik
Rahim Nik Wajis +6018 3563832 Nilai, Negeri Sembilan