FAKTA SEBENAR: SAIDATINA AISYAH R.A BERKAHWIN DENGAN NABI MUHAMMAD SAW KETIKA BERUMUR 19 TAHUN
Saidatina Aisyah Berusia 19 Tahun Ketika Tinggal Bersama Nabi Muhammad SAW.
Seorang ulama Pakistan, Al'alamah Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan juga beliau mengkaji usia Saidatina Khatijah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan usia anak perempuan Nabi SAW ketika berkahwin dengan Saidina Ali k.wj.
Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda Syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam.
Syiah banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri Rasulullah SAW yang dikahwini oleh baginda SAW.
Melalui pembuktian baru ini, beliau menghidangkan fakta baru kepada seluruh umat Islam bahawa:
1. Saidatina Aisyah r.ha telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.
2. Umur Saidatina Khatijah r.ha ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW yang mana ketika itu juga baginda berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki.
3. Saidatina Fatimah r.ha telah dilahirkan di Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan Saidina Ali k.wj di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).
Maulana Habibul Rahman menulis kerta kerja pada mulanya dalam bahasa urdu dan kini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi membetulkan tanggapan salah sejarah.
Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia turut bersetuju dengan cara pemikiran Maulana Habibul Rahman dan beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar hujah Habibul Rahman dan sesiapa yang berminat boleh membaca di Darul Kautsar atau melalui youtube di bawah tajuk umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.
Semenjak kita sekolah kita didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Khatijah ketika beliau berusia 40 tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh atau sesetengah riwayat menyatakan lapan anak.
Bolehkah seseorang berusia 40 tahun ke atas kemudian sempat melahirkan anak tujuh orang??
Kita juga didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah perkahwinan bawah umur.
Perawi dalam hadis umur Aisyah iaitu Hisham bin Urwah tersangat berusia ketika dicatatkan hadis berkenaan. Banyak ulama mempertikaikan hadis Hisham ketika beliau terlalu berusia (melebihi 70 tahun) dan waktu itu tinggal di Iraq.
Sesetengah ulama menyatakan Hisham Urwah telah tersilap mendengar enam belas kepada enam, dan sembilan belas kepada sembilan.
Setelah dibuat kajian bahawa umur Aisyah bukan 6 tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama dengan Baginda SAW.
Telah diberi beberapa hujah untuk membuktikan penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :
Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas
Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru
Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah
Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.
Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.
Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun
Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)
Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam
Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah
Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.
Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda
Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.
Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau . Lahir Di Zaman Jahiliyah.
Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.
Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.
Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.
Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?
Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan.
Marilah kita kembali memahami , meneliti dan mengkaji bukti-bukti sejarah Nabi SAW yang benar lagi sahih yang mana ianya telah di selewengkan oleh puak-puak Syiah dahulu hingga mengelirukan umat Islam seluruh dunia daripada dahulu hingga sekarang.
Musuh-musuh Islam telah menggunakan fakta-fakta yang salah dan menggunakan fakta tersebut untuk mengecam peribadi Rasulullah SAW. Oleh itu para ulama Islam, sarjana Islam dalam bidang sejarah dan pakar ilmu hadis perlulah bersatu dan membukukan buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW dan para sahabat yang betul dan sahih dan menolak sebahagian daripada fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang ini.. Wollohu ta'ala 'aklam..
#kamisayangnabimuhammadSAW
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Salam Ukhuwah dari saya.
Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis)
+6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only)
Nilai, Negeri Sembilan
#kreditgrupwasap
Wednesday, February 27, 2019
Friday, February 15, 2019
KHUTBAH JUMAAT - 15.5.2019 - USIM - KERANA MULUT BADAN BINASA
Khutbah Pertama:
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ
وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ , وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ
أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا , مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ
وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ
وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ محمداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ؛
صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ فيا
عِبَادَ اللهِ : اِتَّقُوْا اللهَ تَعَالَى حق تقاته وَرَاقِبُوْهُ فِي السِرِّ
وَالعَلَانِيَةِ. قال الله تعالى فى كتابه العزيز:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا (70) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ
لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
(71
Ikhwani Fillah,
Tajuk Khutbah kita pada hari ini diambil dari satu peribahasa Melayu
yang berbunyi:
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Kenapa tajuk ini
dipilih? Kerana mulut atau lidah atau di zaman yang serba canggih hari ini
sudah bertukar dari mulut dan lidah kepada jari jemari yang memetik dan menaip
berbagai ungkapan kata2 yang boleh menjerumuskan manusia ke dalam kecelakaan
dan kebinasaan di dunia dan akhirat. Jika sebelum wujudnya teknologi modern,
untuk mengumpat dan mengata, mereka perlu bersemuka. Para wanita bertenggek di
ats tangga sambil mencari kutu, lalu membuka cerita tentang si anu dan si anu.
Kaum lelaki pula akan berkampung di kedai2 kopi sambil meghirup kopi sambil
membuka topik2 sensasi menyebar khabar angin dan dusta. Namun kini tidak perlu
lagi bersemuka. Cukup punyai muka buku atau facebook, isntagram, wasap dll.
Sekelip masa medan mengumpat mencerca, memaki hamun, tuduh menuduh, lebel
melabel, fitnah memfitnah akan tersebar ke seantero dunia. Dunia tanpa
sempadan. Satu klik sahaja jutaan manusia mampu ‘menikmati kisah sensasi’ yang
direka cipta dengan berbagai sebab dan tujuan. Ada yg menyebarkan berita palsu
dan mendedahkan keaiban orang lain hanya kerena keseronokan mendapat perhatian.
Ya! Berita yang aku share sudah mencecah ribuan bahkan jutaan views…
Ada yg menyebarkan berita palsu kerana tidak mampu bersaing dlm
perniagaan secara gentleman lalu penyebaran berita palsu dijadikan cagaran. Ada
juga kerana kebencian dan iri hati
kepada puak2 atau golongan tertentu lalu kata nista dimuntahkan tanpa merasa
sedikit pun jijik dan takut akan dosa. Ada kerana mempertahankan agenda
politiknya maka ditelanjang dan diaibkan seterunya meskipun mereka adalah
saudaranya sesama muslim. Tanpa rasa malu. Tanpa rasa takut akan dosa dan
kemurkaan Allah.
Ikhwani Fillah,
Hari ini orang merasa bangga dengan kemampuan lisannya (lidah)
yang begitu fasih berbicara. Tulisannya yang berbunga2. Bahkan tidak sedikit orang yang belajar bagi memiliki
kemampuan berbicara dan menulis yang bagus. Lisan dan tulisan memang kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang demikian besar. Ia harus selalu
disyukuri dengan sebenar-benarnya. Caranya adalah dengan menggunakan lisan dan
tulisan untuk berbicara yang baik bukan
mengahmbur kata menurut nafsu durjana.
Orang yang banyak berbicara dan menulis apabila tidak diimbangi
dengan ilmu agama yang jelas, keikhlasan hati serta ketulusan niat, akan banyak
terjerumus ke dalam kesalahan dan kekhilafan serta dosa. Kerana itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya memerintahkan agar kita
lebih banyak diam dan kalau mahu berbicara atau menulis maka pembicaraan mestilah yang baik2. Allah Subhanahu
wa Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا
سَدِيدًا (70) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ
يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا (71)
Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan
barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيَقُلْ
خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah
ia berkata yang baik atau diam.” (HR. al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim).
Ikhwani Fillah
Lisan (lidah) memang tak bertulang. Begitu juga jari jemari kita
yang menulis, tiada siapa yang mampu menghalang. Sekali dihamburkan perkataan
atau mencoret satu coretan, amat sukar untuk merobahnya. Demikian bahayanya lisan dan tulisan, hingga
Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya mengingatkan kita agar
berhati-hati dalam menggunakannya.
Kerana lisan dan tulisan manusia terjerumus ke neraka jahanam.
Kerana lisan dan tulisan manusia menjadi murtad dan terkeluar dari Islam. Dua teman
yang akrab boleh dipisahkan dengan lisan
dan tulisan. Seorang bapa dan anak yang
saling menyayangi dan menghormati pun boleh dipisahkan dengan lisan dan tulisan. Suami-isteri yang saling
mencintai dan saling menyayangi boleh dipisahkan dengan cepat karena lisan dan
tulisan. Bahkan darah seorang muslim dan mukmin yang suci serta bertauhid
kepada Allah juga dapat tertumpah kerena
lisan dan tulisan. Sungguh betapa besar bahaya lisan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ
تَعَالَى لاَ يُلْقِي لَهَا بَالاً يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ
“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat yang
dibenci oleh Allah yang dia tidak merenungi (akibatnya), maka dia terjatuh
dalam neraka Jahannam.” (HR. al-Bukhari).
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ
فِيْهَا يَزِلُّ بِهَا إِلَى النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ
وَالْمَغْرِبِ
“Sesungguhnya seorang hamba apabila berbicara dengan satu
kalimat yang tidak benar (baik atau buruk), hal itu menggelincirkan dia ke
dalam neraka yang lebih jauh dari jarak antara timur dan barat.” (HR.
al-Bukhari dan Muslim).
Al-Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan, “Hadits ini teramat jelas
menerangkan bahawa tidak sepatutnya bagi
seseorang untuk tidak berbicara kecuali dengan pembicaraan yang baik, iaitu
pembicaraan yang telah jelas maslahatnya. Ketika dia meragukan maslahatnya, janganlah
dia berbicara.”
Al-Imam asy-Syafi’i t mengatakan, “Apabila dia ingin berbicara
hendaklah dipikirkan terlebih dahulu. Bila jelas maslahatnya maka berbicaralah.
Jika ragu, janganlah dia berbicara hingga jelas maslahatnya.”
Dalam kitab Riyadhus Shalihin, al-Imam
an-Nawawi mengatakan, “Ketahuilah, setiap orang yang telah mendapatkan beban
syariat, seharusnya menjaga lisannya dari segala pembicaraan, kecuali yang
telah jelas maslahatnya. Bila berbicara dan diam sama maslahatnya, maka
sunnahnya adalah menahan lisan untuk tidak berbicara. Karena pembicaraan yang
mubah boleh membawa pada perbicaraan yang haram atau dibenci. Hal seperti ini
banyak terjadi.
Ikhwani Fillah,
Mari kita sama-sama merenungi pandangan beberapa ulama tentang
bahaya lisan:
1. Anas bin Malik radhiallahu
‘anhu: “Segala sesuatu akan bermanfaat, dengan kadar yang
berlebihan, kecuali perkataan. Sesungguhnya berlebihnya perkataan akan
membahayakan.”
2. Abu ad-Darda’ radhiallahu
‘anhu: “Tidak ada kebaikan dalam hidup ini kecuali salah satu dari dua
keadaan: orang yang diam namun berpikir atau orang yang berbicara dengan ilmu.”
3. Al-Fudhail rahimahullah:
“Dua perkara yang akan boleh mengeraskan
hati seseorang adalah banyak berbicara dan banyak makan.”
4. Sufyan ats-Tsauri rahimahullah:
“Awal ibadah adalah diam, kemudian menuntut ilmu, kemudian mengamalkannya,
kemudian menghafaznya lantas menyebarkannya.”
6. Abu
Hatim rahimahullah: “Lisan orang yang berakal berada
di belakang hatinya. Bila dia ingin berbicara, dia mengembalikan ke hatinya
terlebih dulu. Jika terdapat (maslahat) baginya maka dia akan berbicara. Bila
tidak ada (maslahat) dia tidak (berbicara). Adapun orang yang jahil (bodoh),
hatinya berada di ujung lisannya sehingga apa saja yang menyentuh lisannya
membuat dia akan (cepat) berbicara. Seseorang tidak (dianggap) mengetahui
agamanya hingga dia mengetahui lisannya.”
7. Yahya bin ‘Uqbah rahimahullah:
“Aku mendengar Ibnu Mas’ud berkata, ‘Demi Allah yang tidak ada yang disembah
sebenar-benarnya selain-Nya, tidak ada
sesuatu yang lebih patut untuk lama dipenjarakan daripada lisan’.”
Demikianlah pandangan para
ulama tentang bahaya lisan dan tulisan.
Akhir kata – Jaga lidah hidup penuh barakah,
Tak jaga lidah hidup penuh
musibah.
Mudah-mudahan kita semua
diberi taufik oleh Allah Ta’ala untuk menjaga lisan dan juga tulisan
dari perkara2 yang boleh membawa kita kita kemurkaan Allah s.w.t. Sesungguhnya Dialah yang Maha memberi taufik
dan petunjuk.
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا
وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ،
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ
الرَّحِيم.
Tuesday, February 12, 2019
Berakhlak Dengan Sifat Malu
Berakhlak Dengan Sifat Malu
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ
Dari Annas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” (HR Ibnu Mâjah No: 4181) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam adalah agama RAHMAH yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
2. Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak umat.
3. Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam antaranya adalah sifat malu
4. Malu mempunyai hubungan yang erat dengan akhlak yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (iffah). Buah dari rasa malu adalah ‘iffah (menjaga kehormatan diri). Siapa saja yang memiliki rasa malu hingga mewarnai seluruh amalnya, nescaya ia akan berlaku ‘iffah
5. Ibnul Qayyim menyatakan, malu berasal dari kata 'hayaa' (hidup). Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu seseorang. Hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang. Setiap kali hati hidup, maka ketika itu rasa malu menjadi lebih sempurna.
Ayuh kita memastikan agama kita sempurna apabila berakhlak dengan sifat malu.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
12hb Februari 2019
07hb Jamadil Akhir 1440
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis) +6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ
Dari Annas, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” (HR Ibnu Mâjah No: 4181) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam adalah agama RAHMAH yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
2. Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak umat.
3. Setiap agama memiliki akhlak dan akhlak Islam antaranya adalah sifat malu
4. Malu mempunyai hubungan yang erat dengan akhlak yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (iffah). Buah dari rasa malu adalah ‘iffah (menjaga kehormatan diri). Siapa saja yang memiliki rasa malu hingga mewarnai seluruh amalnya, nescaya ia akan berlaku ‘iffah
5. Ibnul Qayyim menyatakan, malu berasal dari kata 'hayaa' (hidup). Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu seseorang. Hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang. Setiap kali hati hidup, maka ketika itu rasa malu menjadi lebih sempurna.
Ayuh kita memastikan agama kita sempurna apabila berakhlak dengan sifat malu.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
12hb Februari 2019
07hb Jamadil Akhir 1440
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis) +6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Kenapa Nabi Muhammad S.A.W Berhijrah Ke Madinah Pada Tahun 622 M. Hijrah berasal dari istilah hajara yang bermaksud pindah. Dalam s...
-
Ref: Amirul_02/2025 2-storey Terraced House for Rent Jalan BBN , Taman Desa Melati, Nilai, Negeri Sembilan Nilai, Negeri Sembilan Semi-D, T...
-
Ref:Husaini_01/2025 FULLY FURNISH INCLUDED Apartment, Anggerik Court Apartments, Persiaran Perbandaran, Taman Desa Anggerik, 71800, Nilai, N...