Wednesday, June 30, 2021
LINK VIDEO PILIHAN DARI YOUTUBE
Saturday, June 12, 2021
Pelajar perlu diberi kefahaman tentang hakikat masyarakat majmuk di Malaysia
Friday, June 11, 2021
PENERBIT HARUS BERLAKU ADIL KEPADA PENULIS
PENERBIT HARUS
BERLAKU ADIL KEPADA PENULIS
Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis
Presiden
Persatuan Penulis-Penulis Ebook Muslim
Antarabangsa (International Association of Muslim
Ebook Writers) –
IME
Pensyarah
Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM.
“Berapa royalti
yang dibayar oleh pihak penerbit ‘A’ kepada Dr untuk buku ni?” Tanya saya
kepada salah seorang peserta bengkel Ebook anjuran DNR Training Academy
baru-baru ini. Walaupun agak keberatan pada mulanya untuk menjawab soalan saya,
namun setelah melihat saya begitu serius untuk mengetahui berapa royalti yang
dibayar kepada beliau sebagai penulis, akhirnya beliau mengalah. “10% Dr. Itu
pun kadang-kadang bayaran agak liat untuk dibuat” Jelas beliau yang merupakan pensyarah berkelulusan
PhD dari sebuah universiti tempatan. Sebenarnya ini bukanlah kes pertama yang
saya temui. Banyak lagi keluhan yang saya dengar dari para penulis yang tidak
begitu berpuasa hati dengan layanan yang diberikan kepada mereka sebagai
penulis oleh pihak penerbit tidak kira penerbit picisan atau penerbit yang
sudah gah namanya di persada tanah air.
Royalti sebanyak
10% adalah terlau rendah dan sangat tidak masuk akal bagi seorang penulis. Sedangkan
penerbit mengaut keuntungan besar bahkan mungkin mencecah sehingga 300% dari
satu-satu buku yang diterbitkan. Tidak
hairanlah jika terdapat penerbit yang kaya raya hasil dari jualan buku para
penulis mereka khususnya dari kalangan ahli akademik.
Penerbit seakan
mengambil kesempatan ke atas ahli
akademik yang mengejar KPI mereka saban tahun. Mungkin mereka berpandangan bahawa para
ahli akademik tidak begitu mementingkan royalti kerana apa yang mereka kejar
adalah KPI. Mungkin atas sebab ini para penerbit semakin galak menekan para
ahli akademik kerana dari sudut pandang mereka para ahli akademik sudah
berpuasa hati dengan apa yang mereka terima.
Berdasarkan sedikit
pengalaman sebagai penerbit yang menerbitkan sendiri buku yang saya tulis,
antaranya buku Kenapa Saya Tidak Jadi Jutawan, kos bagi mencetak buku jika dibuat dalam kuantiti melebihi 1,000
naskhah adalah sekitar RM6.00 sahaja. Jadi untuk mencetak 1000 naskhah modalnya
adalah RM6,000. Jika semua buku ini habis dijual, maka jumlah keseluruhan
jualan adalah RM30,000. Jika penulis diberikan 10% dari jumlah ini, maka penulis hanya akan mendapat RM3,000 sahaja, sedangkan
penerbit akan mendapat untung kasar sebanyak RM21,000 iaitu melebihi 300%
keuntungan kasar setelah ditolak royalti kepada penulis dan kos
percetakan. Satu jumlah yang 7 kali
ganda lebih besar dari yang diperolehi oleh seorang penulis. Dengan
jumlah ini, kebanyakan penulis akan berpuasa hati kerana jumlahnya boleh
dikatakan banyak juga bagi seorang pensyarah. Manakala bakinya akan dikaut oleh
penerbit.
Penerbit mungkin
akan memberi alasan bahawa mereka yang mengeluarkan modal dan berhadapan dengan
risiko kerugian. Kita boleh bersetuju dengan perkara ini, namun adalah disarankan
agar mereka lebih adil dalam melayan para penulis yang menjadi sumber
pendapatan dan kekayaan mereka. Membayar jumlah yang sangat kecil seakan
meletakkan ilmu yang dimiliki oleh ahli akademik di tempat yang sangat rendah.
Meskipun ilmu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, namun idea, sumbangan, keringat
serta usaha para penulis harus dihargai.
Justeru saya menyeru
kepada semua penerbit untuk berlaku lebih adil dalam melayan para menulis agar
mereka terus boleh menyumbang ilmu mereka demi ketamadunan negara dan sekaligus
mengangkat kedudukan penerbit ke tahap yang lebih tinggi.
Pihak NGO seperti
GAPENA perlu lebih peka dengan situasi ini begitu juga pihak kerajaan juga wajar
melihat isu ini dengan lebih dekat dan jika perlu, diwujudkan kadar royalti
minimum bagi setiap penerbit untuk
diberikan kepada para penulis. Ini pastinya akan melonjakkan lagi jumlah
penulis yang akan tampil untuk menulis dan sekaligus akan memeriahkan lagi
industri buku negara.
-
Ref: Amirul_02/2025 2-storey Terraced House for Rent Jalan BBN , Taman Desa Melati, Nilai, Negeri Sembilan Nilai, Negeri Sembilan Semi-D, T...
-
Ref:Husaini_01/2025 FULLY FURNISH INCLUDED Apartment, Anggerik Court Apartments, Persiaran Perbandaran, Taman Desa Anggerik, 71800, Nilai, N...
-
APARTMENT NEARBY USIM, NILAI Nilai, Negeri Sembilan Apartment, Intermediate Built-up Size : 955 sqft 3 Rooms 2 Bathrooms Descriptions 𝐀...