KEMERDEKAAN ITU RAHMAH
Oleh Dr Nik Rahim Nik Wajis
Duta Rahmah
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
Universiti Sains Islam Malaysia
Email: dr_nikrahim@yahoo.com
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 62. Usia 62 jika bagi manusia sudah cukup dewasa dan matang dan mampu membuat segala keputusan dengan rasional dan tepat. Demikian juga dengan negara kita Malaysia. Setelah melalui lebih 6 dekad menggengam kemerdekaan dari penjajah, maka Malaysia sepatutnya mampu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya. Mengorak langkah ke hadapan dengan gagah tanpa menoleh ke belakang. Segala peristiwa pahit yang pernah dilalui seharusnya dijadikan iktibar agar sejarah hitam yang terpalit tidak lagi berulang.
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah titik hitam yang terpahat dalam lipatan sejarah yang amat sukar dilupakan khususnya bagi pejuang-pejuang kemerdekaan dan mereka yang melalui sendiri detik-detik cemas berhadapan dengan ancaman terhadap nyawa, harta, maruah dan kemerdekaan negara. Menurut catatan sejarah seramai 196 orang telah terkorban, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan manakala 211 kenderaan musnah dalam peristiwa hitam tersebut. Kita semua pastinya tidak mahu peristiwa seperti ini berulang kembali.
Kemerdekaan adalah satu rahmah yang besar yang dikuniakan oleh Allah kepada manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Rahmah Allah diturunkan bukan hanya untuk orang Islam atau orang Melayu, bahkan rahmah Allah itu dapat dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa malah semua makhluk termasuk haiwan, tumbuhan dan semua yang ada di atas muka bumi ini. Allah berfirman di dalam surah Al Anbia’ ayat 107 yang bermaksud:
“Tidak aku utuskan kamu (wahai Muhamad) kecuali sebagai rahmah bagi seluruh alam”.
Setiap individu dalam masyarakat mendambakan kemerdekaan dan jauh dari cengkaman penjajah. Kemerdekaan bererti kebebasan mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa merasa takut dan bimbang, bebas menguruskan hidup menurut keinginan dan kecenderungan masing-masing, bebas memilih pemimpin yang disukai, bebas bekerja mencari rezki dan berniaga. Kemerdekaan juga bereri keamanan dan setiap orang dilindungi oleh undang-undang.
Jika hilang kemerdekaan maka hilanglah segalanya. Kebebasan beragama disekat bahkan mungkin dipaksa meninggalkan agama yang dianuti. Tiada lagi pilihan untuk bekerja seperti sebelumnya. Tiada lagi hak untuk memilih pemimpin. Hilanglah keamanan yang sebelum ini dinikmati. Hidup sentiasa dibayangi ketakutan dan kegelisahan. Tiada lagi hak pemilikan harta secara bebas. Maka jadilah kita umpama se orang hamba yang terpaksa tunduk dan akur kepada tuannya.
Jika ditelusuri sejarah 13 Mei, kita dapati bahawa diantara punca utama meletusnya peristiwa tersebut adalah disebabkan oleh sentimen dan taksub perkauman melampau yang dilaungkan oleh para pemimpin parti politik semasa kempen pilihanraya 1969. Di dalam ucapan semasa kempen pilihanraya tersebut, para pemimpin ini meniup semangat perkauman dan mempersoalkan keistimewaan bumiputera, membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) serta membuat penghinaan terhadap orang Melayu. Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama di dalam bukunya “13 Mei sebelum dan selepas” pula menyatakan bahawa tragedi ini adalah berpunca dari pihak Komunis yang mengapi-apikan semangat perkauman. Penglibatan kongsi gelap juga turut dikaitkan dengan peristiwa yang amat tragis ini.
Justeru, isu perkauman perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak yang dilindungi oleh perlembagaan. Bertindaklah dalam kerangka undang-undang yang sedia ada. Usah terlalu ekstrem dalam menuntut hak bagi kaum dan etnik tertentu. Usah pertikai hak-hak dan keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera yang sememangnya telah termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lama. Ingatlah bahawa membangkitkan isu-isu perkauman sempit tidak menguntungkan sesiapa kerana itu akan membangkitkan rasa tidak puas hati dan kemarahan pihak yang lain. Kita semua rakyat Malaysia yang merdeka. Kemerdekaan itu adalah rahmah.
Salam Ukhuwah dari saya.
Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis)
+6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only)
Nilai, Negeri Sembilan
Sunday, August 25, 2019
Friday, August 16, 2019
TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN YANG KE 62
Salam sahabat semua. Sempena menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 62 ini, Saya membuka peluang kepada semua sahabat untuk mendapatkan buku KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN dengan harga sangat istimewa.
KENAPA ANDA PATUT BELI BUKU INI?
* KETAHUI RAHSIA KEJAYAAN MELALUI KEGAGALAN
* TIPS MENGAWAL NAFSU BELANJA (DIALOG BERSAMA NAFSU)
* PERKONGSIAN PUNCA KEGAGALAN PENULIS MENJADI JUTAWAN
* TIPS MENYELESAIKAN MASALAH KEWANGAN SECARA PRAKTIKAL
Untuk pembelian buku sila bank in ke akaun berikut:
Bank Islam:
Nik Rahim bin Nik Wajis
0601 9021 0040 10
Nik Rahim bin Nik Wajis
0601 9021 0040 10
Maybank
Nik Rahim bin Nik Wajis
1643 1528 0141
Nik Rahim bin Nik Wajis
1643 1528 0141
Selepas membuat bayaran sila wasap bukti pembayaran ke 0183563832
bersama nama penuh dan juga alamat lengkap dan no telefon. Insya kami akan poskan pembelian anda dalam masa 3 hari bekerja.
Jutaan terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami. Moga buku ini bermanfaat untuk sahabat semua.
Salam ukhuwah
Dr Nik Rahim Nik Wajis
Penulis
Salam ukhuwah
Dr Nik Rahim Nik Wajis
Penulis
Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis) (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 - Nilai, Negeri Sembilan
Thursday, March 21, 2019
Tragedi Christchurch: Apa sikap Kita Umat Islam?
Dr Nik Rahim Nik Wajis
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan
Undang-Undang,
Universiti Sains Islam Malaysia
Email: dr_nikrahim@yahoo.com
Tragis! Satu kalimah yang boleh diungkap bagi menggambarkan tragedi
pembunuhan kejam terhadap umat Islam di
Christchurch, New Zealand ketika
menunaikan solat Jumaat beberapa hari yang lalu. Bukan seorang dua yang menjadi
mangsa kerakusan Brenton Tarrant, se orang
pengganas berhaluan paling kanan (neo-Nazi ) yang merupakan rakyat Australia ini, tapi 49 nyawa yang tidak
berdosa dan mencederakan 50 yang lain ketika mereka sedang menunaikan solat
Jumaat di tiga buah masjid berlainan.
Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan
sedemikian rupa? ‘Dosa’ mereka hanyalah kerana mereka itu beragama Islam dan
pembunuhnya pula adalah se orang individu yang sangat membenci Islam dan
penganutnya. Peristiwa hitam itu turut dirakam secara langsung oleh pembunuh
ini bagi menyampaikan mesej kebenciannya kepada Islam dan penganutnya kepada
dunia dan menjadikan sentimen anti pendatang sebagai objektif utama pembunuhan.
Namun
begitu, menurut beberapa pemimpin Islam di New Zealand, serangan yang berlaku
tidak menggambarkan sikap sebenar New Zealand dan penduduknya meskipun majoriti
mereka beragama Kristian. Bahkan sebahagian penduduk Kristian, berdasarkan satu
laporan turut mengawal masjid-masjid di New Zealand khususnya di kawasan
terbabit bagi menjaga keselamatan umat Islam yang melakukan ibadat. Jacinda
Ardern, Perdana Menteri New Zealand sendiri mengutuk serangan ini dan
menganggapnya sebagai satu serangan pengganas paling buruk dalam sejarah New
Zealand.
Menurut mereka lagi umat Islam sudah lama
bertapak di New Zealand dan mereka tidak
pernah mengalami apa-apa masalah sebelum ini. Berdasarkan sejarah kedatangan
umat Islam ke New Zealand, ia bermula dengan kedatangan pencari gali emas
Muslim China pada 1870-an. Sejumlah
kecil pendatang Muslim dari India dan Eropah Timur turut berhijrah ke New
Zealand dari awal 1900-an hingga 1960-an. Skala besar penghijrahan orang Islam
bermula pada tahun 1970-an dengan kedatangan etnik India daripada Fiji, diikuti
pada 1990-an oleh para pelarian dari Afrika dan Timur Tengah.
Justeru
sebagai umat Islam kita harus mengawal emosi kita agar tidak melakukan sesuatu
yang bercanggah dengan ajaran Islam. Meskipun pembunuh merupakan se orang
penganut Kristian, kita tidak seharusnya melabel semua penganut Kristian
mempunyai kebencian yang sama terhadap umat Islam. Ramai yang berfahaman dengan
fahaman yang salah tentang ayat al Quran yang menyebut bahawa:
“Tidak akan
redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu (Muhammad s.a.w) mengikuti
agama mereka”
Al- Baqarah:
120
Ayat ini
tidak bermaksud bahawa sebagai se orang Muslim kita mesti memusuhi semua
penganut-penganut agama lain hanya kerana ada sebahagian dari mereka bertindak
di luar batas kemanusian seperti yang berlaku di Christchurch.
Menurut Ibn
Abbas r.a, ayat ini diturunkan berhubung dengan penukaran kiblat dari Baitul
Maqdis ke Kaabah dimana di saat pertukaran tersebut kaum Yahudi di Madinah sangat-sangat mengharapkan agar Nabi s.a.w
terus bersolat dengan mengadap ke Baitul Maqdis iaitu Kiblat semua Nabi-nabi
dari Bani Israel. Apabila Allah s.w.t memerintahkan agar Nabi s.a.w menukar
kiblat ke Kaabah di Mekah, maka mereka mula berputus asa dengan Nabi s.a.w
kerana Nabi enggan menurut agama mereka maka turunlah ayat ini.
Para ulama
juga menyebutkan bahawa perkataan ‘redha’ di dalam ayat di atas adalah berkaitan dengan akidah mereka yang
bukan Islam. Dalam erti kata lain, orang Yahudi dan Nasrani tidak akan beriman
dengan apa yang kita imani dan mereka yang mempunyai kepercayaan yang berbeza
dengan kepercayaan kita sebagai umat Islam. Namun dari sudut yang lain mereka
secara umumnya tidak ada masalah dengan umat Islam samada dari sudut sosial,
berurusan dalam perniagaan dan lain-lain. Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh
terbaik dalam menyantuni mereka yang bukan Islam dengan melayan mereka dengan
layanan yang baik tanpa sebarang prejudis.
Lihat saja
bagaimana Nabi s.a.w melayan Yahudi yang buta yang saban hari mencerca baginda
tetapi baginda pada setiap hari pula
menghantar dan menyuapkan makanan buatnya sehingga akhirnya Yahudi
itu memeluk Islam kerana terpesona dengan keindahan dan keluhuran akhlak Nabi
s.a.w.
Justeru,
dalam suasana kita berkabung dan berada dalam kesedihan serta kemarahan yang
meluap-luap terhadap pelaku jenayah yang
kejam ini, kita harus menahan diri dari melakukan sesuatu yang boleh
memberi imej yang buruk terhadap Islam.
Biarlah sebahagian mereka yang bukan Islam menuduh umat Islam sebagai pengganas
dan sebagainya, kita sebagai umat Islam harus membuktikan bahawa segala
tanggapan mereka adalah salah dan kita yakin lama kelamaan masyarakat di luar
sana akan sedar tentang sifat Islam yang sebenar. Islam adalah agama yang
mementingkan keamanan.
Salam Ukhuwah dari saya.
Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis)
+6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only)
Nilai, Negeri Sembilan
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Kenali Eastel Eastel Mobile itu syarikat apa sebenarnya? Eastel ialah: MVNO di bawah Anchor Communications Sdn. Bhd. Berlesen di bawah S...
-
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah dengan izinNya dan dengan sokongan padu dari penyokong dan penentang, dalam masa 5 bulan, target 100,0...
-
WAKAF EBOOK UNTUK DIMANFAATKAN OLEH SEMUA Assalamu alaikum dan salam sejahtera. Moga Allah SWT merahmati sahabat semua. Semasa artikel ini ...



