Tuesday, August 31, 2021

KEMERDEKAAN MALAYSIA: USAH KECEWAKAN HARAPAN RAKYAT

 SEMPENA KEMERDEKAAN MALAYSIA: USAH KECEWAKAN HARAPAN RAKYAT

Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis


Presiden

Persatuan Penulis-Penulis Ebook Muslim

Antarabangsa (International Association of Muslim

Ebook Writers) – IME

Prof Madya  Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM.


Bulan Ogos adalah bulan yang penuh bersejarah buat rakyat Malaysia seluruhnya tanpa mengira agama dan bangsa. Setiap kali menjelang bulan Ogos, kita pastinya akan mengimbau kembali sejarah negara mencapai kemerdekaan dari penjajah British. Kini sudah masuk tahun yang ke-64 Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan adalah kebebasan yang didambakan oleh setiap insan di atas muka bumi ini.  Dengan adanya kebebasan, barisan kepimpinan negara mampu mengurus negara dengan baik. Sektor ekonomi akan pesat membangun. Rakyat bebas bekerja mencari rezeki sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.

Namun kebebasan rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia telah di’rampas’ oleh satu ‘kuasa ghaib’ yang digelar   Covid-19   yang mula  ‘menakluk’ dunia dan membunuh dengan rakus lebih 4 juta nyawa.    Di Malaysia angka kematian sudah hampir mencecah 14 ribu orang manakala mangsa yang terkena jangkitan virus ini sudah melebihi 1.5 juta orang. Kini Covid-19 dianggap musuh nombor  satu dunia.   Covid-19 yang mula menyerang dunia bermula pada tahun 2019, hingga kini masih belum menampakkan akan meredakan serangannya. Meskipun para saintis telah menjumpai vaksin bagi ‘mengurangkan’ kadar kematian akibat jangkitan virus pembunuh ini, namun vaksin bukan jaminan untuk selamat dari serangan Covid-19.

Beberapa hari yang lalu Malaysia telah menerima Perdana Menteri yang baru. Perdana Menteri yang ke 9 yang dipilih oleh Yang Di-Pertuan Agong iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri ke 8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Rakyat mengharapkan kepada Perdana Menteri dan juga bakal Menteri-menteri kabinet yang bakal dilantik agar membulatkan niat dan tekad untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memerangi ‘musuh’ yang sedangkan menakluki negara sekarang ini. Rakyat sedang menderita akibat serangan Covid-19. Ekonomi juga merudum teruk. Jadi fokus utama kabinet  dibentuk adalah mencari penyelesaian terbaik dalam menangani Covid-19. Ketepikan kepentingan peribadi  dan juga parti. Ia bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Serahkan perlantikan jawatan Menteri dan timbalan Menteri kepada Perdana Menteri dan usah membuat tuntutan yang berlebihan kerana apa yang penting permasalahan rakyat wajib diutamakan. Berhentilah berpolitik buat seketika sehingga ‘musuh’ yang sama-sama kita hadapi dapat ditumpaskan. Buah fikiran dan ide perlu dicari, solusi mesti diperolehi. Usah pinggirkan  buah fikiran dari semua pihak termasuk juga pembangkang demi satu penyelesaian yang tuntas.

 Selain dari itu usaha-usaha perlu dipergiatkan bagi menangani masalah kewangan yang membebani rakyat yang terkesan akibat dari pandemik Covid-19. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada 14 Mei lalu, kadar pengangguran dalam negara dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang akhir tahun ini. Malaysia tidak pernah menyaksikan kadar pengangguran lima peratus sejak tahun 1990 dan rata-rata adalah sebanyak 3.2 peratus antara 2010 dan 2019.

Pihak kerajaan mungkin boleh mengambil pekerja-pekerja yang berkemahiran yang terjejas akibat pandemik ini untuk dijadikan kakitangan sementara bagi membantu pihak kerajaan menangangi permasalahan yang dihadapi selain dari bantuan kewangan.

Usahawan-usahawan juga perlu diberikan perhatian yang sewajaranya khususnya usahawan-usahawan yang kecil yang bergantung hidup dengan perniagaan mereka untuk menyara keluarga.

Moga Perdana Menteri, dan barisan kabinet yang baru mampu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat dalam menangani kemelut Covid-19 ini. Bebaskanlah rakyat dari ‘penjajahan’ Covid-19 sempena kemerdekaan Malaysia ke-64 ini dan jangan sekali-kali mengecewakan mereka.

 


Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Wednesday, July 21, 2021

ALHAMDULILLAH 100,000 FOLLOWERS DI TIKTOK (HADIAH EMAS MENANTI ANDA)

Alhamdulillah..
Syukur  kepada Allah dengan izinNya dan dengan sokongan padu dari penyokong dan penentang, dalam masa 5 bulan,  target 100,000 followers saya di #TikTok tercapai. 

Terima kasih Tiktok, terima kasih semua sahabat yang menyokong dan yang menentang. Semuanya bagus belaka! 

Moga lebih luas dakwah dan mesej baik sampai kepada masyarakat umum.
Sebagai menghargai sahabat-sahabat semua, saya akan menghadiahkan emas bernilai RM50.00 untuk 20 orang yang pertama mendaftar di sini. Selepas mendaftar jangan lupa untuk check email bagi membuat password dan pin number. Hanya pemenang yang berdaftar secara rasmi sahaja yang layak mendapat hadiah.


Selepas mendaftar sila tulis komen di ruangan komen di bawah "Saya penyokong/ penentang ustaz di Tiktok". 20 orang pertama akan dihadiahkan dengan RM50 emas dan emas ini akan dimasukkan ke akaun sahabat di Quantum Metal.




Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Saturday, July 17, 2021

PELUANG MENJANA PENDAPATAN SEHINGGA 50% BERSAMA NAM PUBLICATIONS

Salam sahabat semua.

Kita semua tahu, pandemik Kovid -19 ini benar-benar memberi kesan dalam kehidupan kebanyakan anggota masyarakat. Namun kesan pasti berbeza antara satu golongan dengan golongan yang lain. Bagi mereka yang kaya raya, pandemik mungkin sekadar mengurangkan keseronokan mereka membeli belah dan makan angin ke luar negara yang menjadi rutin tetap setiap tahun. Bagi pemilik gedung-gedung perniagaan besar, meskipun terkesan dengan pandemik ini, namun pastinya tidak sama dengan golongan peniaga kecil begitu juga dengan mereka yang terpaksa diberhentikan kerja kerana majikan tidak lagi mampu untuk membayar gaji mereka.
Meskipun pihak kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan yang kurang bernasib baik ini, namun ianya jauh dari mencukupi.
Setiap anggota masyarakat perlulah merasa simpati dengan golongan ini dan sewajarnya tampil memberikan bantuan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.

NAM Publications juga tidak sekadar berpeluk tubuh melihat kesengsaraan yang dialami oleh golongan ini lantas tampil untuk turut m membantu. Namun bantuan yang dimaksudkan bukanlah berbentuk wang ringgit kerana  NAM Publications hanyalah sebuah syarikat Bumiputera kecil yang tidak mampu menyediakan bantuan kewangan kepada sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik. Sebaliknya NAM Publications  membuka ruang bagi setiap anggota masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan dengan menajdi wakil jualan dengan pulangan sehingga 50% dari hasil jualan buku-buku terbitan NAM Publications.


Antara buku terbitan NAM Publications ialah:

Kenapa Saya Tidak Jadi Jutawan

Buku ini ditulis oleh Prof Madya Dr Nik Rahim bin Nik Wajis, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Buku ini diterbitkan pada tahun 2017 dan telah berjaya dijual sebanyak 3,000 naskhah. Buku ini juga boleh didapati di Perpustakaan Desa di seluruh negara.

Buku ini merupakan penulisan dan perkongsian penulis berhubung perancangan kewangan Islam. Penulis menggariskan beberapa sebab utama kegagalan masyarakat dalam perancangan kewangan. Antara punca utama adalah kegagalan mengawal nafsu belanja. Di dalam buku ini, penulis kerkongsi beberapa tips yang sangat berkesan untuk melawan nafsu ketika berbelanja.


Harga Buku RM30.00
Pos: RM6.00
Insentif: RM15.00 bagi setiap jualan




Untuk menjadi wakil jualan NAM Publications, sila hubungi nombor di bawah.

Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan