Thursday, February 1, 2024

BAGAIMANA SAYA TERLIBAT SEBAGAI PERUNDING HARTANAH?

Salam sahabat semua.
Bila saya bersara wajib pada 16hb Oktober 2023 yang lalu, saya memang mengambil keputusan yang agak drastik untuk tidak menyambung kerja sebagai pensyarah meskipun terdapat peluang untuk berbuat demikian. Alasan utama yang saya berikan - saya ingin berihat setelah berkerja hampir 30 tahun di pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara.

Tetapi, pada hakikatnya saya ingin bebas dan bekerja mengikut masa saya sendiri. Saya tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak. Ini juga menjadi sebab utama kenapa saya tidak lagi mahu makan gaji.

Beberapa tahun sebelum bersara wajib, saya sebenarnya sudah membuat perancangan untuk terlibat dalam perniagaan sepenuh masa. Saya menyertai Quantum Metal dengan harapan perniagaan ini dapat menggantikan kerja makan gaji saya. Setelah hampir 4 tahun membina rangkaian dalam Quantum Metal, saya merasa sangat teruja kerana keahlian dalam team saya sudah mencecah hampir 1,000 orang. Satu pencapaian yang agak memberangsangkan bagi saya. 

Saya bersyukur kerana melalui QM, rezeki saya bertambah pada setiap bulan walaupun tidak begitu besar dan jauh sekali dari menggantikan pendapatan saya semasa bekerja sebagai pensyarah . Tapi saya tetap bersyukur kepada Allah SWT atas anugerah ini. Alhamdulillah. 

Saya memang bertekad untuk memfokuskan perniagaan saya dalam QM sebaik saya bersara kerana berbanding dengan perniagaan-perniagaan lain yang saya ceburi, QM memberikan pulangan yang paling tinggi. Namun niat saya terbantut di tengah jalan bila QM berhadapan dengan masalah yang agak kritikal sekitar awal bulan Dec 2023 apabila gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang dijanjikan. Ramai ahli dalam rangkaian saya mula complain dan ramai yang sudah tarik 'hand break' dan mengosongkan akaun mereka dalam QM. 

Saya sendiri hingga saat ini belum menerima bayaran walaupun sudah lebih satu bulan termination / penjualan balik emas pegangan saya dibuat. Ini melibatkan jumlah yang agak besar bagi saya iatu melebih RM20,000. Meskipun saya yakin QM akan melunaskan bayaran yang tertunggak kepada semua ahli, namun kelewatan ini banyak memberi kesan yang negatif di kalangan ahli QM dan keyakinan kepada QM semakin pudar.

Disebabkan keadaan ini saya mencari-cari peluang yang lain bagi menggantikan QM. Akhirnya setelah berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, saya membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan hartanah. 

Pada 25hb-26hb November 2023, saya mengikuti Negotiator Certificate Course (NCC) bersama anakanda saya Nik Umair di Seremban. Ini adalah sebagai langkah pertama untuk menjadi Real Estate Negotiator (REN) secara sepenuh masa.







Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Saturday, January 29, 2022

Jom Infaq & Tambah Saham Akhirat - Pusat Tahfiz Darul Izzah

Pusat Tahfiz Darul Izzah- Legasi peninggalan al Marhum Ayahanda Nik Wajihuddin bin Nik Mat dan al marhumah Bonda Tuan Azizah Bt Tengku Ismail. Moga Allah SWT mengurniakan ganjaran terbaik buat al Marhum ayahanda dan al marhumah Bonda.




Pusat TAHFIZ DARUL IZZAH kini dipengerusikan oleh kekanda Ustaz Nik Mohd Azam dan dikendalikan oleh al Fadhil Maulana Naim, adinda Nik Noraini dan famili.

Sahabat-sahabat yang ingin membantu Pusat Tahfiz Darul Izzah- ini boleh lah menghulurkan bantuan melalui akaun di bawah:

Nama bank: DARUL IZZAH SERVICES
Bank: CIMB ISLAMIC
NO AKAUN: 8601 3184 14

Untuk info lanjut boleh hubungi Ustaz Naim -019 944 2863


Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 356 3832 (Call/Whatsapp) / +6014 820 7111 (call /sms only) Nilai, Negeri Sembilan

Thursday, January 6, 2022

Terbitkan Ebook anda sekarang! Lengkap dengan e-ISBN dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP)

Terbitkan Ebook anda sekarang! Lengkap dengan e-ISBN dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP)





Salam sahabat semua. Ramai yang sudah menyiapkan manuskrip buku atau  novel masing-masing tapi terkial-kial mencari penerbit yang sudi menerbitkan manuskrip tersebut yang pada pandangan adalah satu karya yang sangat baik. 

Akhirnya mereka kecewa kerana idea dari penulisan tersebut tidak dapat dikongsikan kepada masyarakat. Natijahnya, ilmu yang dikongsikan dalam mansukrip tersebut 'terkubur' begitu sahaja.

Sahabat.

Usah bimbang jika penerbit tidak mahu menerbitkan manuskrip anda. Kami ada solusinya. 

Ya! kami bantu anda menerbitkannya dalam bentuk ebook  dengan kos hanya RM399 sahaja . 

Untuk makluman anda, E-book mempunyai nilai yang sama seperti buku fizikal. Isi dan kandungannya adalah sama. Yang berbeza hanyalah   bentuknya.

Apa yang anda dapat dengan bayaran sebanyak RM399?   

* Reka bentuk kulit ebook yang ringkas (sila lihat sampel di atas) biasanya berharga RM200
* Typesetting (tukar dari A4 ke A5 dll) - Biasanya berharga RM12 setiap muka surat
* e-ISBN - Biasanya berharga RM50
* Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP) Biasanya berharga RM50
* Terbitkan di ebook store  (60% royalti akan diberikan kepada pengarang)
* Diskaun istimewa untuk mencetak buku fizikal
* Ebook anda akan diterbitkan di bawah syarikat penerbitan  NAM Publications ((NS0172709-X)

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam tulisan anda.
Sila e-mel kepada kami selepas pembayaran seperti berikut:
1- Manuskrip lengkap dalam format word
2- Gambar bersaiz pasport (jika anda mahu gambar anda dipaparkan pada kulit ebook anda)
3. Tarikh lahir anda (untuk e-ISBN)
4. Biodata ringkas anda
5. Abstrak e-book anda
6. Gambar untuk digunakan pada kulit ebook (jika ada)

Tunggu apa lagi sahabat. Jom bertindak sekarang. Terbitkan sendiri buku anda bersama kami.

Hubungi Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis:


Untuk Info lanjut.


Salam Ukhuwah dari saya. Prof Madya Dr Nik Rahim Nik Wajis