Salam sahabat yang dikasihi sekelian. Moga dirahmati Allah hendaknya. Tak lama lagi kita semua akan berpuasa. So, sebelum puasa jom kita sama-sama belajar serba sedikit tentang pantang larang masa berpuasa supaya nanti kita dapat memaksimumkan apa yang ditawarkan oleh Allah kepada kita di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak nanti insya Allah.
Terdapat dua jenis pantang larang dalam ibadat puasa:-
1) Pantang larang dari sudut fizikal seperti menahan diri dari makan, minum dan melakukan hubungan jenis di siang hari di bulan Ramadhan.
2) Pantang larang dari sudut Spiritual (Rohani) iaitu menahan diri dari perbuatan keji dan munkar seperti bergaduh, melihat perempuan ajnabi serta menjaga mulut dari bercakap perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti mengumpat,mengeji, merendahkan martabat dan menjatuhkan maruah orang lain dan lain-lain lagi.
Diriwayatkan Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”
Begitu juga dalam menjaga lidah dari menyebut perkara-perkara yang lagha atau yang melalaikan bahkan memperbanyakkan zikir dengan memuji Allah, bersalawat ke atas Nabi s.a.w, bercerita tentan nikmat-nikmat syurga serta lain-lain perkara ma'ruf. Mungkin ramai di kalangan sahabat yang suka menyanyi bagi menghiburkan hati. Itu semua adalah harus hukumnya asal saja nyanyian itu tidak melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhram, serta jauh dari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Hukum nyanyian secara umumnya sama dengan percakapan, apa yang dibenarkan dalam percakapan itulah yang dibenarkan dalam nyanyian.
Selain dari itu terdapat juga lain-lain pantang larang yang wajib dijaga ketika kita menjalani ibadat puasa. Antaranya ialah
1) Menjaga mata dari melihat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
2) Menjaga telinga dari mendengar benda yang dilarang seperti umpatan,kata-kata yang keji, kata yang boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah dan lain-lain.
3) Menjaga anggota- anggota lain dari sebarang perkara mungkar, seperti mengunjungi tempat-tempat maksiat dan sebagainya. Para Ulama feqah mengatakan bahawa sah puasa bagi mereka yang hanya menjaga pantang larang yang berbentuk “fizikal” sahaja, namun puasa mereka menjadi sia-sia dan tidak berguna kerana puasa yang seumpama ini hanya memperolehi lapar dan dahaga semata-mata namun tidak akan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. Ini kerana, menjaga kedua-dua pantang larang tersebut adalah merupakan suruhan Nabi kita Muhammad s.aw.
Puasa yang rugi
Ramai orang puasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)
Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum semata-mata, namun ia jauh lebih dari itu. Puasa bertujuan untuk melemahkan nafsu al lawwamah yakni nafsu yang buruk yang sentiasa menyuruh manusia melakukan kemaksiatan dan kemungkaran kepada Allah. Justeru itu, kita sewajarnya berusaha sedaya upaya kita bagi mengawal diri dari melakukan perkara yang keji semasa berpuasa.
Perjuangan
Susungguhnya puasa adalah satu bentuk jihad atau perjuangan. Dari itu marilah kita sama-sama berjuanglah untuk menjaga semua pantang larang dibulan Ramadahan yang penuh barakah ini. Selain dari mengelakkan diri dari makan, minum, melakukan hubungan seks, kita juga hendaklah sentiasa menjaga lidah, mata, telinga dan juga anggota lain dari terjerumus ke kancah kemaksiatan dan kemurkaan Allah. Moga kita semua akan memperolehi rahmat (10 Ramadhan pertama), keampunan (10 Ramadhan kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka(10 Ramadhan terakhir)
Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6013 6410135 Kuantan, Pahang, Malaysia
Thursday, July 21, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Dalam Ramadhan ada Rahsia?
Salam sahabat yang dikasihi..
DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
# Menguatkan jiwa.
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.
Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi.
Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.
Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.
Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
# Mendidik keinginan ke arah kebaikan.
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
# Menyihatkan badan.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.
# Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.
Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
# Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.
Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.
Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.
Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).
Wallahu a'lam bissawab. Moga ada manafatnya. Ameen!

Labels:
puasa,
puasa ramadhan
Tuesday, July 19, 2011
Ramadhan dah dekat. Dah ready ker?
Salam untuk semua sahabat yang dikasihi. Ramadhan adalah bulan yang amat special bagi mereka yang tahu menilainya. Bulan Ramadhan adalah merupakan satu hadiah paling hebat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang beriman. Nabi s.a.w amat mengambil berat dengan bulan Ramadhan ini. Ayuh sama-sama kita ikuti khutbah baginda s.a.w sempena kedatangan Ramadhan. Moga kita semua mengambil iktibar dari khutbah dari Kekasih Allah ini...
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan ALLAH dengan membawa barakah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi ALLAH. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu ALLAH dan dimuliakan olehNYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimaqbulkan. Pohonlah kepada ALLAH Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar ALLAH membimbingmu untuk melakukan ibadat puasa (soum) dan membaca KitabNya.
Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan dari ALLAH di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada faqir dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Kasihilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada ALLAH dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika ALLAH Azza wa Jalla memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih. Dia (Allah) menjawab mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Tubuh-tubuhmu berat karena beban (dosa)mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! ALLAH s.w.t bersumpah dengan segala kebesaranNya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul-alamin.
Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi ALLAH nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu. Sahabat-sahabat Rasulullah bertanya: "Ya Rasulullah Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah s.a.w meneruskan: Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia! Siapa yang mengelokkan akhlaknya di bulan ini ia akan berjaya melintasi titian sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, ALLAH akan meringankan pemeriksaanNya di hari kiamat.
Barangsiapa menahan keaiban orang lain di bulan ini, ALLAH akan menahan murkaNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, ALLAH akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, ALLAH akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, ALLAH akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa melakukan solat sunat dibulan ini, ALLAH akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak solawat kepadaku di bulan ini, ALLAH akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Qur'an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Tuhanmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi: Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama dibulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan ALLAH".
Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang ALLAH telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu pilihan (tathawwu')
Barangsiapa mendekatkan diri kepada ALLAH dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan ALLAH memberikan rezqi kepada mukminin di dalamnya.
Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang." Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah SAW, "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.
Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barang siapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) nescaya ALLAH mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.
Oleh kerena itu perbanyakkanlah empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain ALLAH dan mohon ampun kepadaNya. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.
Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamKu dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga. (HR. Ibnu Huzaimah).
Moga ada manafaatnya. Ameen.
Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6013 6410135 Kuantan, Pahang, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Kenali Eastel Eastel Mobile itu syarikat apa sebenarnya? Eastel ialah: MVNO di bawah Anchor Communications Sdn. Bhd. Berlesen di bawah S...
-
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah dengan izinNya dan dengan sokongan padu dari penyokong dan penentang, dalam masa 5 bulan, target 100,0...
-
WAKAF EBOOK UNTUK DIMANFAATKAN OLEH SEMUA Assalamu alaikum dan salam sejahtera. Moga Allah SWT merahmati sahabat semua. Semasa artikel ini ...